Sejarah Sekolah


SEJARAH SEKOLAH
            Sekolah Kebangsaan Bukit Marak telah didirikan pada tahun 1936. Pengasasnya Tn. Hj, Muhammad Yusof bersama-sama dengan Pengawa Daerah Berkelam iaitu Tn Hj. Othman Ismail. Dalam sejarah awalnya sekolah ini bermula di Kg. Chap kira-kira 2 batu dari sini. Selepas dua tahun ia dipindahkan ke Kg Bukit Marak. Oleh kerana perkembangan agak baik dalam tahun 1942 Sekolah Kebangsaan Pauh Lima pula digabungkan dengan sekolah ini. Pada awalnya hanya seorang guru sahaja yang mengajar dengan mengutamakan mata pelajaran bacaan dan tulisan.
                Keramaian murid peringkat awal adalah seramai 50 orang (bercampur lelaki dan perempuan) dalam pelbagai peringkat umur.Dalam jangka masa 40 tahun bilangannya telah menjadi 10 kali ganda iaitu seramai 500 orang dan 10 tahun selepas itu, pada tahun 1986 bilangannya 640 orang pelajar.
                Bangunan sekolah ini didirikan secara gotong-royong oleh penduduk tempatan , diperbuat daripada kayu dan buluh. Selepas 15 tahun penubuhannya barulah kerajaan mendirikan sebuah bangunan 8 bilik untuk mrngantikan bangunan lama. Bangunan ini berukuran 20’ X 250’ diperbuat daripada kayu dan tiang tapaknya simin bernombor JKR. No 40. Sebuah lagi bangunan kayu 3 bilik didirikan berukuran 20 X 90 kaki persegi bernombor KP.(KN)217.

                                Bangunan PIBG dua bilik darjah didirikan dalam tahun 1972 dan pada tahun 1975 sebuah bangunan batu 2 tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah, bilik guru, perpustakaan dan bilik serta guna bernilai 150 ribu serta sebuah kantin. Sekolah ini dirasmikan oleh Y.A. Brs. Datuk Hj. Murad Mohd Nor , KPPM pada 15hb jun 76. Pada akhir tahun 1986, bangunan 2 bilik yang dibangunkan oleh PIBG telah dirobohkan.Tapanya didirikan 3 bilik darjah dari 6 bilik yang dibina secara gotong-royong sumbangan dari KPM sebanyak 50 ribu yang dikenali dengan nama Projek Gotong-royong dengan keluasan 20 X 180 kaki 25 X 180 dalam tahun 1987


GURU BESAR YANG PERNAH MENABUR BAKTI DI SK BUKIT MARAK

TAHUN
NAMA
1936 - 1942
Hj.Muhammad Yusof
1942 - 1944
Tn. Ab. Rahman Tn. Long Soh
1945 – 1946
Tn. Hj. Ismail b Said
1947 – 1960
Tn. Hj. Ahmad b Awang
1961 - 1964
Tn Hj.Myhammad b Yaakub
1965 – 1979
Tn. Hj. Muhammad b Che Ali
1980 – 1982
En. Abdullah b. Muhammad
1983 – 1987
Tn. Hj. Ab. Ghani b Mahmood
1987 - 1988
En. Abdullah b Hj. Omar
1989 - 1993
Tn. Hj. Ismail b Hj. Jusoh
1994 - 1995
En. Mat Nordin b Ali
1996 - 2004
En. Hamzah b Hassan
2004 - 2007
Tn Hj. Sauki b. Hassan
2007 - 2009
En Abdullah b. Mat Husain
2010 - 2015
Puan Zarina bt Ahmad
2015 - 2017
En. Sayuti b Mamat
2017 - Kini
Tn Hj. Mohd Ghani b Mat Noh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan